Negeri

Mayang Mall dan ‘Mini Dubai’ Pantai Timur

KUALA TERENGGANU: Pelan Pembangunan Muara Selatan yang diperkenalkan kerajaan Terengganu pada zaman pemerintahan UMNO/BN bertujuan mewujudkan sebuah ‘Mini Dubai’ di Pantai Timur.

Memetik catatan dikongsikan Facebook Greater Terengganu Development,
pelan pembangunan tersebut dilancarkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada tahun 2010.

Pembangunan dilaksanakan berperingkat melalui dana petroleum, bantuan Kerajaan Pusat serta tarikan pelaburan swasta.

Sehinggalah terhasil apa yang dapat dilihat hari ini seperti KTCC Mall, Pusat Perniagaan Tok Pelam, pangsapuri kediaman, Menara MBKT, Benteng Pemecah Ombak, Jalan ‘Pantai Miami’, Oil & Gas Support Base dan Drawbridge.

Berbanding semua pembangunan ini yang telah bermula sebelum 2014, Mayang Mall adalah komponen terakhir yang diluluskan pembinaannya iaitu pada 2015.

Majlis Pecah Tanah Mayang Mall kemudiannya dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu pada April 2017 dengan jangkaan operasi pada awal 2020.

Walaupun berlaku kelewatan bermula pada 2019, namun akhirnya Mayang Mall berjaya dibuka pada akhir 2024.

Dijangka Mayang Mall akan menjadi tumpuan rakyat Terengganu bagi persiapan Aidil Fitri tahun ini.

Sementara itu, menerusi komen yang dimuat naik seorang pengikut Facebook Greater Terengganu Development dikenali Ahmad Riezuan berkata, perancangan dan pembangunan adalah dari zaman UMNO oleh pemimpin yang bijak membangunkan negeri.

“Cuma siap je zaman PAS…tp duk kelim mcm projek pembangunan diaorg pulak. hahaha,” tulisnya.

Seorang lagi pengikut, Astana Friesta pula berkata, “Alhamdulillah hasil perjuangan umno bagi memastikan negeri terengganu mampu bersaing seiring dengan negeri2 yg lain

“Tapi dulu bermacam2 tomahan dilemparkan tapi skang bila dah nmpk claim mcm dia yg membangunkan,” komennya. – Suara Timur

Related Posts