Negara

Aidilfitri: Perang baju Melayu bermula

BELUM masuk bulan Ramadan, media sosial sudah dibanjiri dengan wajah-wajah selebriti tanah air yang dilantik menjadi duta bagi beberapa jenama pakaian terkenal termasuk Bulan Bintang, Elrah Exclusive dan Jakel.

Lambakan bahan promosi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri itu disifatkan ‘perang baju Melayu’ yang rata-ratanya menjual nama-nama besar sebagai duta.

Antara wajah yang menghiasi poster dan video promosi beberapa jenama baju raya popular ialah Beto Kusyairy, Khairy Jamaluddin (KJ), Zul Ariffin, Fattah Amin, Shukri Yahaya, Remy Ishak, Nadhir Nasar serta Sharnaaz Ahmad.

Strategi tersebut dilihat berjaya menambat hati peminat setiap selebriti berkenaan sekali gus melonjakkan populariti jenama fesyen terbabit.

Tidak kurang juga ada netizen yang mendakwa jenama-jenama tersebut menumpang populariti selebriti berkenaan. – Kosmo

Related Posts