Home NasionalPerdana Menteri ambil kesempatan ‘terjah’ HKL

Perdana Menteri ambil kesempatan ‘terjah’ HKL

oleh suara timur

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengambil kesempatan meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi lawatan berkenaan, beliau turut berkesempatan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Ambil kesempatan tinjau operasi di HKL hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.

“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” katanya di media sosial.

banner

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja HKL.

“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar dan belas ihsan.

“Ia pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” ujarnya. – Kosmo

Tinggalkan komen