Home NasionalBelanjawan 2027: LKIM cadang kerajaan teruskan insentif subsidi minyak

Belanjawan 2027: LKIM cadang kerajaan teruskan insentif subsidi minyak

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan kerajaan meneruskan insentif subsidi minyak kepada golongan nelayan dalam Belanjawan 2027 bagi memastikan sektor perikanan terus berkembang.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, walaupun kerajaan berdepan masalah kewangan susulan krisis tenaga global, LKIM yakin kerajaan mampu mengekalkan subsidi berkenaan serta bantuan sara hidup golongan berkenaan.

“LKIM berharap peruntukan lebih besar disediakan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur perikanan, seperti jeti yang uzur dan kompleks pendaratan ikan yang ditambah baik,” katanya.

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) menyampaikan replica kunci kepada Rozi Abd Wahab padaProgram Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Kemaman dan Penyerahan bina baru rumah nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman, hari ini. – Suara Timur/MUKHATAR A RAHMAN

Muhammad Faiz berkata demikian kepada pemberita selepas Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Kemaman dan Penyerahan Bina Baru Rumah Nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman di sini  hari ini.

Beliau berkata, tumpuan turut perlu diberikan kepada pembangunan sektor akuakultur bagi membantu nelayan dan persatuan nelayan meningkatkan sumber pendapatan.

Katanya,, pihaknya mengharapkan peruntukan yang lebih untuk bidang akuakultur supaya dapat di bangunkan bidang berkenaan bagi nelayan dan juga persatuan nelayan untuk difokuskan tahun ini.

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) menyampaikan replica cek kepada wakil Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) Kawasan Kemaman merangkap Ahli Lembaga Pengrah Persatuan Nelayan Kawsan (PNK) Kemaman, Rohani Awang @ Mamat pada  Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Kemaman dan Penyerahan bina baru rumah nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman, hari ini. – Suara Timur/MUKHATAR A RAHMAN



“LKIM turut memohon peruntukan tambahan dalam Bajet 2027 bagi pembinaan lebih banyak unjam dan tukun sebagai kawasan pembiakan dan perlindungan ikan,” ujarnya.

Menurut Muhammad Faiz, pada masa ini kira-kira 80,000 nelayan yang aktif turun ke laut membabitkan Zon A, B, C dan C2 di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain,Muhammad Faiz berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta tahun ini bagi melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) yang melibatkan pembinaan 36 rumah baharu dan kerja baik pulih 344 rumah nelayan di seluruh negara.

Muhammad Faiz berkata, Terengganu menerima peruntukan bagi pembinaan empat rumah baharu dan baik pulih sebanyak 29 rumah.

Menurut Muhammad Faiz, konsep baik pulih rumah termasuk membaiki rumah nelayan sehingga maksimum RM20,000 manakala bina Baharu bernilai RM84,000.

banner

Selain itu, beliau berkata, LKIM menyalurkan bantuan berjumlah RM214,000 bagi memperkasa sosioekonomi serta kemudahan infrastruktur komuniti nelayan di Kemaman.

Katanya,, peruntukan berkenaan meliputi RM124,000 bagi bantuan rumah nelayan B40, RM50,000 untuk kerja baik pulih dan naik taraf bangunan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) serta RM40,000 bagi pembinaan tangga di Jeti Jualan Minyak Kompleks LKIM Kemaman. – Suara Timur

Tinggalkan komen