Home NasionalBantuan SARA untuk rakyat 18 tahun ke atas dikredit 9 Februari ini

Bantuan SARA untuk rakyat 18 tahun ke atas dikredit 9 Februari ini

oleh suara timur

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 akan dikreditkan pada 9 Februari ini.

Anwar berkata, bantuan itu diberikan kepada 22 juta rakyat Malaysia bagi meringkan beban menjelang musim perayaan.

“SARA tahun ini (RM100) untuk semua rakyat, ini maksud untuk persiapan ramadan dan juga sambutan Tahun Baru Cina.

“Tahun lalu SARA ini digunakan oleh 96 peratus rakyat iaitu mencecah hampir 2.1 billion namun jumlah yang tidak dibelanjakan adalah RM150 juta,” ujarnya.

banner


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Dewan De Seri Endon, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITAPURI) Putrajaya.

Bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad seawal 9 Januari ini. Foto hiasan

Tambah Anwar, jumlah yang tidak digunakan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

“Seperti dijanjikan RM150 juta tidak diambil kerajaan, kita agihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya (OKU) dan keperluan khas, pembelian peranti perubatan pesakit miskin dan bank masakan dapur siswa sebanyak RM15 juta,” jelasnya. – Sinar Harian

Tinggalkan komen