PALING berkesan, tetapi paling susah orang nak buat. Memang benar, ramai yang perasan selepas 2-4 minggu berhenti mengambil gula (sugar detox), wajah mereka nampak lebih cerah, kurang sembap, dan “glowing”.
Pernah tak korang tengok kawan yang tiba-tiba nampak awet muda, kulit bersih, dan muka nampak “fresh” sangat?
Bila tanya pakai skincare apa, dia jawab: “Aku cuma kurangkan gula je.”
Kedengaran macam tipu, kan? Tapi dari sudut sains, Gula adalah musuh nombor satu kulit yang cantik.
Apabila anda makan gula berlebihan, gula tersebut akan melekat pada protein dalam darah dan membentuk molekul baru bernama AGEs (Advanced Glycation End-products).
• Molekul “jahat” ini akan merosakkan Kolagen dan Elastin (ejen yang buat kulit korang anjal dan tegang).
Gula menyebabkan hormon Insulin melonjak tinggi. Lonjakan insulin ini akan merangsang pengeluaran hormon androgen yang membuatkan kilang minyak (sebum) bawah kulit bekerja lebih keras.
• Hasilnya? Liang pori tersumbat dan jerawat pun naik.
Gula bersifat inflamatori (menyebabkan keradangan). Pernah perasan tak muka nampak bengkak atau sembap (puffy face) lepas makan banyak benda manis?
• Gula menyebabkan badan menyimpan air (water retention). Bila korang berhenti ambil gula, keradangan berkurang, dan bentuk wajah korang (V-shape) akan lebih terserlah!
Bila korang cut sugar, tidur akan lebih lena. Waktu tidur yang berkualiti inilah sel-sel kulit melakukan proses pemulihan (cell renewal) yang buat muka nampak berseri keesokan paginya.
Skincare yang mahal sekalipun takkan mampu lawan kesan “karat” gula dari dalam badan. Nak kulit cantik bukan sekadar apa yang korang tepek kat muka, tapi apa yang korang suap dalam mulut.
Kredit: Public Health Malaysia
