KUANTAN: Mayat seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencandat sotong sejak Rabu lalu ditemukan lemas di Pantai Lagenda, Pekan pada petang Sabtu.
Mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63, ditemukan pada jam 6.30 petang, kira-kira 32 kilometer dari lokasi botnya ditemui terdampar di Pantai Sepat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, penemuan itu dibuat pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurutnya, mangsa dari Taman Beserah Ria itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian t-shirt berkolar warna krim dan seluar panjang hitam.
“Pihak bomba menerima maklumat daripada pihak polis berhubung penemuan itu sebelum tindakan pengesahan dan proses evakuasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Salahuddin memberitahu, operasi tersebut dimulakan dengan panggilan baris di Pos Kawalan Bomba (PKB) Pantai Sepat bersama agensi sahabat.
“Pencarian di laut digerakkan menuju Kampung Hijrah dalam lingkungan jarak empat hingga lima kilometer dari PKB,” jelasnya.
Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar seorang diri dari Jeti Tanjung Api pada 1 April kira-kira jam 10 pagi untuk mencandat sotong dengan menaiki bot gentian kaca sepanjang 24 kaki.

Operasi SAR kemudiannya digerakkan melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. – Sinar Harian