Home NegeriDua beradik lemas: Mayat Nur Afiqah, Nur Suhaila ditemukan di dasar sungai

Dua beradik lemas: Mayat Nur Afiqah, Nur Suhaila ditemukan di dasar sungai

oleh suara timur

‎KUALA TERENGGANU: Dua beradik yang dilaporkan hilang selepas mandi di Sungai Jeram Pasar, Kampung Jeram Hulu, di sini, petang tadi ditemukan lemas kira-kira jam 6 petang.

Mangsa dikenali sebagai Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalluddin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, yang juga adik-beradik berlainan bapa.

‎Kedua-dua mangsa ditemukan di dasar sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mereka dilaporkan tenggelam dengan kedalaman air sedalam sedalam tujuh meter.

‎‎Pegawai Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Baharum Muhamad Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi.

banner

‎Katanya, seramai 14 anggota terbabit dalam operasi itu membabitkan empat anggota PPDA serta masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

‎”Operasi pencarian dilakukan dengan dua selaman di lokasi kejadian. Selaman pertama gagal namun apabila dibuat kali kedua kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira jam 6 petang.

‎”Mangsa ditemui berhampiran antara satu sama lain di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tujuh meter dan jarak 50 meter dari tebing sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

‎‎Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa hampir tiga jam sebelum kedua-dua mangsa berjaya ditemukan.

‎Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

‎Dalam kejadian jam 3 petang tadi, kedua-dua mangsa dipercayai mandi bersama dua lagi rakan sebelum dihanyutkan arus deras.

‎Dua lagi mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

‎‎Seorang daripada mangsa yang terselamat, Noor Shaqira Abdul Fatah, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dilaporkan stabil, manakala Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, 

‎Difahamkan, kedua-dua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan letih ketika dibawa naik ke tebing sungai oleh penduduk. – Metro

Tinggalkan komen