Home NasionalPemandu bas riba wanita dalam video tular ditamatkan perkhidmatan serta-merta – Sri Maju Group

Pemandu bas riba wanita dalam video tular ditamatkan perkhidmatan serta-merta – Sri Maju Group

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Pemandu bas ekspres yang didakwa mengendalikan kenderaan itu dengan seorang wanita duduk di atas ribanya seperti video tular di media sosial ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Sri Maju Group dalam kenyataan dikongsi di Facebook hari ini mengesahkan pemandu yang dipaparkan dalam video tular itu adalah pekerjanya.

Menurutnya, insiden berkenaan berlaku ketika bas beroperasi bagi laluan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini ke Larkin di Johor Bahru, semalam dan ia disifatkan amat mengecewakan, membimbangkan sekali gus tidak boleh diterima.

“Susulan itu juga, pihak syarikat membuat satu laporan polis terhadap pemandu berkenaan berhubung insiden itu, selain kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

banner

“Kami sedang beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sri Maju group juga berkata pihaknya juga mengambil langkah penambahbaikan melalui pemantauan video, dengan sistem pengawasan disediakan terhadap pemandu dan di dalam bas sudah dipasang pada bas baharu.

“Kerja pemasangan sedang dilaksanakan dengan kadar segera bagi bas sedia ada yang belum dilengkapi sistem berkenaan.

“Pihak syarikat memohon maaf kepada semua penumpang terbabit serta kepada orang awam, sambil menegaskan keselamatan serta keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami,” katanya. – Berita Harian

Tinggalkan komen