Home NasionalDua pelajar IPG lemas ketika berkayak

Dua pelajar IPG lemas ketika berkayak

oleh suara timur

SUNGAI PETANI: Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dilaporkan lemas ketika sedang melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira jam 5 petang Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia 20-an terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 buah kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik.

banner

Operasi pencarian kemudian menemui dua orang mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat kira-kira jam 7.30 malam.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat sementara beberapa pelajar yang dikesan trauma dihantar Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – Sinar Harian

Tinggalkan komen