Home NegeriEmpat tahun diperdaya skim ‘Labuan’, wanita rugi hampir RM100,000

Empat tahun diperdaya skim ‘Labuan’, wanita rugi hampir RM100,000

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Wanita yang juga pesara selepas empat tahun baharu menyedari dirinya terjerat dalam penipuan pelaburan online hingga mengalami kerugian hampir RM100,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa wanita berusia 63 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku dari tahun 2022 hingga 14 Mac lalu apabila mangsa menyertai satu skim pelaburan dinamakan ‘Labuan’ melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, sepanjang menyertai pelaburan itu mangsa sudah membuat 50 transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza berjumlah RM96,000.

banner

“Hingga kini mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan dan mengesyaki dirinya diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

“Merasakan dirinya sudah ditipu hingga mengalami kerugian tanpa pulangan mangsa kemudian membuat laporan Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, selepas empat tahun baru mangsa menyedari dirinya diperdaya oleh pelaburan yang mengakibatkan kerugian itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala sumber kewangan adalah wang simpanan dan duit pampasan pencen milik mangsa. – Metro

Tinggalkan komen