50
JAKARTA: Satu klip video tular di Blitar, wilayah Jawa Timur menunjukkan jemaah menunaikan solat tarawih 20 rakaat termasuk witir dalam masa cuma 13 minit.
Kejadian berlaku di Sekolah Pondok Mambaul Hikam, daerah Udanawu semalam.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini imam yang saya cari-cari,” kata seorang netizen.
“Masjid di kawasan saya habis pukul 9.30 malam (waktu tempatan),” kata pengguna media sosial lain. – Kosmo
