Home NasionalPTPTN adakan kempen buka akaun SSPN kepada penduduk luar bandar

PTPTN adakan kempen buka akaun SSPN kepada penduduk luar bandar

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

DUNGUN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan lebih banyak kempen meningkatkan kesedaran membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)  dalam kalangan warga luar bandar termasuk tanah rancangan Felda.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, kadar penyertaan penduduk luar bandar di seluruh negara masih perlu ditingkatkan bagi masa depan pendidikan anak mereka.

“Mereka boleh membuka akaun SSPN dengan semurah RM20 sahaja. Sudah ada kemampuan nanti, boleh menabungk RM30,” katanya.

banner
NORLIZA Abdul Rahman (empat kiri) menyampaikan Sumbangan Akuan Simpan SSPN kepada salah seorang pelajar  di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Beliau berkata demikuan pada program Komuniti dan Penyampaian Sumbangan Akuan Simpan SSPN di Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Bukit Besi dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Prof Ir Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim dan Pengerusi UMT Holdings Sdn Bhd Datuk Dr Din Adam.

Pada program itu sebanyak 200 pelajar di sekolah tersebut menerima sumbangan RM50 seorang daripada PTPTN dalam bentuk Akaun Simpan SSPN Prime yang bernilai keseluruhan RM10,000.

Dalam perkembangan berkaitan, Norliza berkata, seramai 7.314 juta penyimpan telah mendeposit simpanan mereka di dalam SSPN melibatkan nilai deposit keseluruhan kira-kira RM24 bilion setakat ini.

NORLIZA Abdul Rahman dan Din Adam bergambar bersama pelajar yang menerima Sumbangan Akuan Simpan SSPN kepada salah seorang pelajar  di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

“Ia mencerminkan kesedaran tentang kepentingan penabungan demi masa depan pendidikan tinggi anak-anak sudah semakin tinggi dalam kalangan masyarakat kita,” katanya. 

Sementara itu, Din pula berkata, pada majlis UMT Holdings turut memberi sumbangan tabungan SSPN sebanyak RM25 setiap seorang kepada 200 pelajar berkenaan.

Katanya, UMT Holdings merancang untuk membantu lebih ramai pelajar di Bukit Besi dan kawasan-kawasan lain membuka akaun SSPN bagi menggalakkan mereka belajar dengan lebih tekun untuk berjaya  melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi selepas ini.

“Penganjuran ini selaras dengan komitmen UMT Holdings untuk menyokong agenda pembangunan pendidikan dan kesejahteraan komuniti secara mampan,” katanya. – Suara Timur

Tinggalkan komen