PETALING JAYA: Seorang imam masjid di sebuah wilayah di China mencuri perhatian netizen selepas identitinya sebagai anak jati Kelantan terbongkar menerusi video tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi lebih satu minit yang dimuat naik seorang pelancong dari Kelantan, lelaki berkenaan dilihat sedang membaca al-Quran di dalam sebuah masjid sebelum ditegur dalam loghat negeri tersebut.
Lebih mengejutkan, apabila ditanya sama ada pernah makan budu, imam tersebut bukan sahaja tersenyum malah mengakui dirinya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan terus mempelawa pelancong berkenaan berkunjung ke rumahnya.
“Demo orang Kelantan ke?” soal pelancong itu.
“Ya, kawe orang Kelantan,” jawab imam berkenaan dengan fasih, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan rasa tidak percaya pelancong tersebut. – Kosmo
