KANGAR: Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin mahu parti itu mempertimbangkan cadangan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika kemelut kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak diselesaikan segera.
Beliau berkata masalah itu berlarutan terlalu lama tanpa penyelesaian jelas.
“Bagi saya, PAS mempunyai kekuatan tersendiri dan berupaya meraih keputusan lebih baik pada PRU16 khususnya di empat negeri (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu).
“Daripada bertengkar atau berdepan ketidaktentuan dalam halu
“Jadi selepas keputusan PRU16, barulah kita berbincang semula untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hashim berharap sebarang perbezaan pandangan antara PAS dan BERSATU dapat diselesaikan secara baik demi memastikan kerjasama kedua-dua parti terus terpelihara.
“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu PN, cuma saya berharap ia dapat diselesaikan segera tanpa terus berlarutan.
“Dalam pada itu, Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin juga berjalan lancar sebagai usaha menangani sebarang perkara berbangkit,” katanya.
Krisis PN berlarutan selepas Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari lalu susulan krisis kepemimpinan kerajaan Perlis.
PAS sebelum ini menegaskan mahu mengambil alih jawatan itu dan menerajui PN, namun sehingga kini hasrat itu belum tercapai.
Terdahulu, sepucuk surat bertarikh 27 Januari yang bocor, memaparkan Muhyiddin menjelaskan BERSATU dan PAS sepakat untuk memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai langkah penstrukturan semula gabungan itu. – Berita Harian
