Home NasionalDiskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri

Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata diskaun itu membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

“Inisiatif ini membabitkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Diskaun ini akan berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis), membabitkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol

banner

Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA),” katanya yang juga Menteri Kewangan. – Berita Harian

Tinggalkan komen