Home NegeriAidilfitri: Terengganu umum Khamis cuti kelepasan am

Aidilfitri: Terengganu umum Khamis cuti kelepasan am

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan Khamis ini (19 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham berkata tarikh berkenaan bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju mengekalkan hari kelepasan am negeri pada Isnin (23 Mac) sebagaimana yang diwartakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) pada 30 Oktober 2025. – Berita Harian

banner

Tinggalkan komen