Home NegeriSPRM sahkan tiada penyelewengan peruntukan Sejati Madani

SPRM sahkan tiada penyelewengan peruntukan Sejati Madani

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu mengesahkan hasil siasatan berhubung isu penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan mana-mana pihak.

Sumber berkata, siasatan dijalankan selepas SPRM membuka kertas siasatan berkaitan perkara berkenaan pada tahun lalu.

Katanya, setakat ini hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak di bawah Akta SPRM 2009.

“Kertas siasatan dibuka tahun lalu dan SPRM mendapati tidak sebarang kesalahan yang dilakukan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

banner

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti dakwaan itu supaya tampil memberikan kerjasama. – Metro

Tinggalkan komen