PETALING JAYA: Kejayaan empat beradik dalam sebuah keluarga mencatat sejarah tersendiri apabila kesemua mereka berjaya mendapatkan gelaran al-Hafiz dan al-Hafizah Al-Quran.
Menerusi hantaran rasmi di akaun TikTok @Akademiakmal, Wan Muhammad Alwa’ez diumumkan sebagai anak bongsu daripada empat adik beradik yang berjaya menamatkan penghafalan al-Quran.
Dalam masa sama, tiga orang kakaknya kini sedang membuat persiapan untuk menerima syahadah 30 juzuk di akademi sama.
Pihak akademi melalui kapsyen turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa kepada empat beradik ini Dan mendoakan keberkatan buat mereka sekeluarga.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terharu terhadap hantaran tersebut.
“Tahniah untuk kedua ibu bapa. Anda memang hebat. Keluarga cemerlang,” ujar @Fauziahfadzim.
“Tahniah untuk ibu ayah yg berjaya mendidik anak-anak sampai jadi hafiz dan hafizah,” kata @Ianieeza.
“Tahniah buat ibu ayah kerana memilih jalan perjuangan dan pengorbanan seperti ini, anda memberi inspirasi,” kata @Ummi4N_Azila.- Kosmo
