Home NegeriSudah buat 10 transaksi berjumlah RM201,000 baru sedar kena tipu

Sudah buat 10 transaksi berjumlah RM201,000 baru sedar kena tipu

oleh suara timur

KUANTAN: Pesara pensyarah berusia 59 tahun kerugian RM201,000 selepas terpedaya dengan sindiket `phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, wanita itu menerima panggilan daripada individu menyamar wakil syarikat insurans yang mendakwa terdapat tuntutan insurans bernilai RM68,000 pada Februari lalu.

Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu yang mengaku sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya yang mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuka akaun bank baharu sebelum memindahkan wang kepada akaun yang diberikan kononnya untuk siasatan.

banner

“Bagi tempoh 9 April hingga 12 Jun lalu, mangsa membuat 10 transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM201,000 sebelum menyedari ditipu.

“Siasatan mendapati sumber kewangan daripada simpanan mangsa dan pinjaman peribadi. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan yang berkenaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. – Metro



Tinggalkan komen