Negeri

Kes gaduh: Datuk dan 7 lagi individu direman 3 hari

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama tujuh lagi individu direman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini berhubung kejadian pergaduhan yang tular di media sosial Jumaat lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood, selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Suspek lelaki berusia 36 tahun direman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala Datuk berusia 38 tahun bersama enam suspek yang lain direman mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 36 tahun diwakili peguam Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar manakala Datuk dan enam yang lain diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yassir. – Metro

Related Posts