KUALA TERENGGANU: Kuching City FC membawa pulang bekalan selesa selepas menumpaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 pada suku akhir pertama saingan Piala FA sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, penyerang The Cats, Ronald Ngah hanya mengambil masa lapan minit untuk ‘mengunci mulut’ hampir 10,000 peminat setia skuad Penyu apabila berjaya meletakkan pasukannya di depan 1-0 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas Petrus Shitembi bijak menguis bola ke belakang kepada pemain itu.
Empat minit berselang, penyerang kelahiran Cameroon itu sekali lagi menjadi senjata pemusnah apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Suhaimi Husin.
Sepakan penalti itu diberikan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas bola hantaran lintang Jimmy Raymond terkena tangan pemain pertahanan, Diego Landis.
Ketinggalan dua jaringan tidak mematahkan semangat anak buah Badrul Afzan Razali untuk merapatkan kedudukan dengan percubaan di sebelah kanan dan kiri pintu gol skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.
Bagaimanapun tiga percubaan terbaik menerusi Yann Mabella pada minit ke-18, Nurillo Tukhtasinov minit ke-24 dan Careca minit ke-35 gagal menerjah jaring.
Bersambung babak kedua, beraksi dalam cuaca hujan, Badrul Afzan memasukkan dua tenaga baharu, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Kyaw Min Oo bagi menggantikan Tukhtasinov dan Baqiuddin Shamsudin, namun masih buntu mencari gol.
Sebaliknya The Cats terus ‘mencakar’ skuad Penyu apabila Danial Asri yang menerima umpanan daripada Shitembi bijak memperdaya penjaga gol untuk meletakkan pasukannya selesa 3-0 pada minit ke-52.
Bagaimanapun tiga percubaan terbaik menerusi Yann Mabella pada minit ke-18, Nurillo Tukhtasinov minit ke-24 dan Careca minit ke-35 gagal menerjah jaring.
Bersambung babak kedua, beraksi dalam cuaca hujan, Badrul Afzan memasukkan dua tenaga baharu, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Kyaw Min Oo bagi menggantikan Tukhtasinov dan Baqiuddin Shamsudin, namun masih buntu mencari gol.
Sebaliknya The Cats terus ‘mencakar’ skuad Penyu apabila Danial Asri yang menerima umpanan daripada Shitembi bijak memperdaya penjaga gol untuk meletakkan pasukannya selesa 3-0 pada minit ke-52. – Berita Harian