Negara

Harga emas melambung RM611 segram

KUALA LUMPUR: Harga emas 999 mencatatkan lonjakan tertinggi bagi tahun 2025, dengan mencecah RM611 per gram pada hari ini.

Menerusi laman web rasmi Public Gold, memaklumkan harga emas itu naik RM5 berbanding RM606 pada semalam.

Dalam pada itu, harga emas 916 pula merekodkan nilai semasa RM581 segram.

Semalam, bernama melaporkan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu US$4,100 satu auns.

Prestasi positif ini juga selaras dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada US$4,083.10 setiap auns troy daripada US$3,998.20 sewaktu ditutup pada Jumaat, kontrak November 2025 meningkat kepada US$4,098.30 daripada US$4,014.40 dan kontrak Disember 2025 berada pada US$4,114.30 daripada US$4,031.40 sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,131.30 setiap auns troy daripada US$4,048.40 sebelumnya manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,147.80 daripada US$4,065.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 470 lot daripada 971 lot sewaktu ditutup pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 529 kontrak berbanding 995 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,974.50 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Oktober 2025.

Related Posts