Negeri

Ikan kering, ikan bekok laris sebelum tengkujuh tiba

BESUT: Pengusaha ikan kering memanfaatkan sepenuhnya cuaca panas ketika ini untuk menghasilkan stok bekalan ikan kering serta ikan bekok bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Siti Khadijah Bakar, 40, berkata, permintaan terhadap ikan kering sentiasa tinggi dalam pasaran kerana sering dijadikan lauk tambahan atau penambah selera untuk dimakan bersama nasi atau pulut.

“Bagi memastikan bekalan ikan kering tidak terputus ketika musim MTL nanti, saya mula menambah stok bekalan ikan segar yang diproses secara berperingkat.

“Bagi memastikan bekalan ikan kering tidak terputus ketika musim MTL nanti, saya mula menambah stok bekalan ikan segar yang diproses secara berperingkat.

“Bagi memastikan bekalan ikan kering tidak terputus ketika musim MTL nanti, saya mula menambah stok bekalan ikan segar yang diproses secara berperingkat.

“Dalam sehari purata ikan segar pelbagai jenis yang diproses untuk menjadikan ikan kering serta ikan bekok boleh mencecah 1000 kilogram.

“Manakala jualan ikan kering dan ikan bekok dalam tempoh seminggu dianggarkan kira-kira 3 tan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pachakan, Kuala Besut, di sini, semalam.

Katanya, proses menghasilkan ikan kering mengambil masa dua hari untuk disiapkan bermula daripada proses menyiang ikan, merendam air garam serta menjemur di bawah panas matahari bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.

“Antaranya jenis ikan kering dihasilkan adalah ikan cencaru, gelama, selar kuning serta ikan talang.

“Namun apabila musim hujan kami terpaksa menghadkan tempoh masa menjemur ikan kerana ikan akan cepat rosak jika terkena air hujan.

“Biasanya kami akan mengambil langkah awal dengan menyediakan plastik panjang untuk menutup semua ikan yang dijemur dengan segera sekiranya tidak sempat memindahkan ikan berkenaan,” katanya.

Katanya, apabila musim hujan, nelayan tidak turun ke laut dan stok bekalan ikan segar berkurangan.

“Disebabkan itu, saya akan mendapatkan bekalan daripada Kedah serta Perlis supaya aktiviti memproses ikan kering dapat diteruskan.

“Semua ikan dijual pada harga serendah RM14 hingga RM30 bagi satu kilogram mengikut jenis ikan,” katanya. – Berita Harian

Related Posts