Negara

Denim anak Jertih terima tempahan luar negara

KUALA LUMPUR: Pengalaman menjual pakaian terpakai dengan mengetuk pintu daripada satu bilik ke bilik asrama lain ketika bergelar penuntut pusat pengajian tinggi menjadi titik permulaan buat lelaki ini sebelum bergelar usahawan.

Berkat usahanya itu, Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, 37, dapat membuka kedai pada 2014 sebelum berkembang menjadi premis dan gudang dua tingkat dalam satu bangunan di Jertih, Terengganu menerusi perniagaan denim buatan tangan dan aksesori seperti topi dan dompet di bawah jenama Raw Denim House (RDH).

Perniagaan itu masih bertahan dan sudah memasuki tahun ke-11, namun dia tidak keseorangan kerana dibantu abangnya, Ahmad Syukri Kamarudin, 40, dan rakan kongsi, Muhamad Aidil Akhyar, 39, yang menjadi tulang belakang syarikat.

Hasil kesungguhan mereka bertiga, RDH diterima baik bukan hanya oleh pencinta denim tempatan kerana turut menerima tempatan daripada pelanggan luar negara.

Katanya, perniagaan denim menjadi pilihannya kerana minat fesyen terutama seluar diperbuat daripada material itu sejak di sekolah rendah lagi.

“Ketika berusia 12 tahun, saya sudah pakai seluar denim berjenama tapi yang tiruan kerana waktu itu sudah meningkat remaja dan bergaul dengan orang dewasa jadi sudah ada keinginan nak bergaya.

“Sewaktu usia 15 tahun baru saya belajar pakaian tiruan itu tak elok kemudian minat menyelam pakaian terpakai pula. Waktu itu banyak belajar pakaian yang ada di pasaran ‘bundle’ lebih unik,” katanya ketika ditemui di sini.

Menyingkap kisahnya, anak kelahiran Besut, Terengganu itu berkata, dia bukan datang daripada keluarga senang jadi latar belakangnya itu yang melatih dirinya untuk berusaha mendapatkan apa dihajatkan.

Bagaimanapun, Ahmad Safuan tidak berputus asa walaupun berdepan cabaran termasuk menanggung kerugian hingga RM60,000 kerana terlalu percayakan seseorang.

“Selain itu, saya belajar juga menerusi buku, platform digital pembuatan Vimeo dan pernah ke Bangkok, Thailand untuk berguru dengan seorang lelaki warga Kanada.

“Banyak kali juga gagal, malah 40 helai denim pertama dihasilkan tak menjadi. Itu belum lagi kata-kata sindiran seorang individu waktu saya bawa pakaian dalam guni ketika tumpang kereta rakan.

“Saya teruskan juga usaha dan emak (Roshana Mohd) tetap percaya terutama ketika saya ada di titik terendah,” katanya.

Bapa dua anak itu berkata, impiannya sudah tentu untuk memajukan lagi perniagaan kerana mahu membuktikan jenama keluaran anak tempatan juga boleh pergi jauh.

“Alhamdulillah, sambutan amat baik malah pernah terima tempahan daripada pelanggan dari Amerika Syarikat (AS), Jerman, Jepun dan pertama kali dulu daripada Switzerland.

“Tapi perancangan akan datang saya adalah jadikan bandar Jertih yang terkenal dengan kampung nelayan sebagai perkampungan denim.

“Itu harapannya dan terima kasih kepada semua pelanggan yang sokong daripada awal hingga kini…diharap rakyat negara ini terus sokong apa saja jenama keluaran tempatan kerana jika bukan kita siapa lagi?,” katanya yang turut menggunakan TikTok sebagai medium pemasaran. – Harian Metro

Related Posts