Negeri

‘Sarjan Lokman’ kebas RM124,930

KUALA TERENGGANU: Wanita yang juga seorang penjawat awam bukan saja mengalami kerugian, malah terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi gara-gara ditipu sindiket phone scam sebanyak RM125,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, wanita berusia 39 tahun membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu pada 1.14 petang semalam.

Menurutnya, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali pada 4 petang 26 Jun lalu.

Katanya, sindiket terbabit memperkenalkan diri daripada sebuah syarikat insurans dan suspek memberi tahu kepada mangsa ada membuat tuntutan kepada sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Katanya, sindiket terbabit memperkenalkan diri daripada sebuah syarikat insurans dan suspek memberi tahu kepada mangsa ada membuat tuntutan kepada sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, suspek meneruskan lakonan kononnya menyambung talian perbualan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor dan pengadu diminta bercakap dengan ‘Sarjan Lokman’.

Katanya, suspek berpura-pura melakukan semakan ketika perbualan itu dan kemudiannya menyatakan mangsa terbabit dengan penggubahan wang haram.

Azli berkata, mangsa kemudiannya diminta membuat pinjaman peribadi bagi menyelesaikan bayaran ikat jamin ke atas diri mangsa.

“Pada 13 Julai lalu, mangsa ke sebuah bank di Kuala Terengganu untuk membuat permohonan pinjaman peribadi dan membuat pinjaman sebanyak RM79,000.

“Apabila pinjaman diluluskan suspek meminta mangsa ke cawangan bank berkenaan di mana mangsa membuat pinjaman untuk menukar kad ATM yang baru dan menukar nombor telefon selain mangsa tidak dibenarkan mengemas kini dan menggunakan akaun terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya mengikut segala arahan sindiket dan selepas itu mangsa baharu menyedari dirinya ditipu ketika hadir ke bank untuk mendapatkan penyata kewangan kerana mendapati terdapat transaksi tanpa pengetahuan daripada akaun mangsa sebanyak enam kali berjumlah RM124,930.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sumber kewangan adalah adalah wang simpanan, pinjaman peribadi dengan bank dan gadaian barang kemas milik mangsa.

Beliau berkata, polis menasihati orang ramai yang ragu-ragu dengan panggilan melalui nombor telefon tidak dikenali supaya rujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa kepada sindiket penipuan. – Metro

Related Posts