Negeri

Empat remaja cedera jatuh dari Bukit Bendera

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN:  Empat remaja perempuan cedera setelah terjatuh ketika mendaki Bukit Bendera, Pantai Teluk Mak Nik, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, salah seorang mangsa, Irish Batrisya Hulaimi, 18, cedera di pinggang dan tiga lagi rakannya, berusia lingkungan 18 tahun mengalami cedera ringan di muka, pipi dan dagu.

Akibat kecederaan itu, Irish Batrisya
dan terpaksa dibawa turun oleh pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Juniadi Mohd, berkata, kejadian itu berlaku apabila salah seorang daripada mangsa dikatakan tergelincir dan  berpaut pada rakannya menyebabkan kesemua remaja itu terjatuh.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.25 tengah hari sebelum enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung oleh anggota bomba.

“Selepas itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya. – Suara Timur

Related Posts