Negeri

Peserta Himpunan RXZ Member 7.0maut kemalangan ketika perjalanan pulang

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

DUNGUN: Seorang lagi peserta Himpunan RXZ Member 7.0 maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di sini ketika dalam perjalanan pulang ke Johor, petang tadi.

Kemalangan berlaku di kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Paka ketika mereka berkonvoi pulang ke Segamat, Johor dari Kuala Terengganu,
kira-kira pukul 1.22 petang tadi

Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Irfan Izzuddin Md Azhli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederan parah pada bahagian kepala.

KEADAAN motosikal ditunggangi Muhammad Irfan Izzuddin Md. Azhli selepas terlibat dalam kemalangan ku di kilometer 342.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Paka, Dungun.  – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Mangsa seorang pembantu kedai makan dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor, bersama sepuluh lagi rakannya sedang berkonvoi pulang dari himpunan itu di di Kuala Terengganu.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh serta terseret beberapa meter di kanan jalan.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurut Superintenden Maizura, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Suara Timur

Related Posts