JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian.
Insiden yang tular menerusi video berdurasi 33 saat itu memaparkan bendera Malaysia dipasang secara terbalik di tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat yang menempatkan klinik pergigian itu.
Bendera terbalik itu dipasang dipintu kaca bersebelahan bendera Johor yang dipasang dengan cara yang betul.
Dalam video itu juga dipaparkan beberapa anggota polis dan orang awam turut berada di lokasi kejadian manakala klinik pergigian itu tidak beroperasi dengan pintu besar ditutup.

Sementara itu, difahamkan Timbalan Ketua Polis daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd Hamid Abd Rahaman akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden ini.
Kelmarin, polis membuka kertas siasatan susulan bendera Johor dipasang terbalik di atas sebuah bangunan hotel di Jalan Syed Abdul Kadir, Segamat hingga tular di media sosial sejak Sabtu lalu. – Berita Harian