Negara

Cuaca panas: Enam lokasi di negara ini cecah suhu lebih 35 darjah Celcius

SUBANG: Sebanyak enam lokasi di negara ini mengalami gelombang haba luar biasa dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keadaan itu berlaku akibat fasa Monsun Barat Daya yang dijangka melanda negara hingga pertengahan Oktober ini.

“Setakat ini, terdapat tiga daerah di Semenanjung membabitkan Bandar Baharu di Kedah, Selama (Perak) dan Temerloh (Pahang).

“Bagi wilayah Malaysia Timur, Limbang di Sarawak serta Tenom dan Pitas di Sabah turut merekodkan suhu luar biasa antara 35 hingga 37 darjah Celsius,” katanya selepas selesai Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sebanyak 3,300 telaga tiub tersedia di kawasan berisiko sebagai langkah awal bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau.

Ahmad Zahid berkata, sebanyak 3,300 telaga tiub tersedia di kawasan berisiko sebagai langkah awal bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran hutan akibat cuaca panas melampau.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, keadaan itu juga akan sentiasa berada di bawah pemantauan pihaknya menerusi maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Ia termasuk keperluan untuk melakukan OPA di kawasan tadahan air yang membekalkan air domestik, industri dan pertahanan.

“Saya akan terus memantau situasi ini bersama NADMA, MetMalaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Galian dan Mineral (GDM). Tindakan segera akan terus diambil sekiranya keadaan semakin kritikal,” katanya. – Berita Harian



Related Posts