KUALA TERENGGANU: Laporan Ketua Audit Negara 2023 menunjukkan kerajaan Terengganu telah menerima peruntukan lebih RM1.2 bilion daripada kerajaan Pusat pada tahun tersebut.
Menurut catatan di page Facebook Greater Terengganu Development (GTA), jumlah ini adalah yang tertinggi di Semenanjung iaitu lebih besar dari negeri paling maju Selangor dan dua kali ganda lebih besar dari Pahang
“Jumlah ini adalah kiraan berdasarkan jumlah dana khas + pemberian wajib + bantuan khas yang diterima oleh setiap negeri,” katanya.
Dalam pada itu, admin GTA tidak faham kerajaan Terengganu memberi gambaran seolah-oleh negeri itu kena aniaya.
Tambahnya, walaupun Pahang dapat sikit peruntukan dari Terengganu, tetapi tidak dengar pula Menteri Besar kata negerinya teraniaya
“Berbaik-baiklah. Kita boleh berjuang dapatkan lebih untuk negeri kita, tanpa buka pintu fitnah. Sampai berbalah sesama sendiri,” ujarnya. – Suara Timur