Negeri

Muhammad Saniy dan Nur Afini Dinobatkan Ikon Belia Kedah 2025

ALOR SETAR: Muhammad Saniy Samsudin dan Nur Afini Rusli masing-masing dinobatkan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki dan Individu Wanita dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2025.

Majlis penyampaian anugerah ini  disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Azura Abidin

Muhammad Saniy yang mewakili daerah Kubang Pasu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki.

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN

Sementara itu, Nur Afini dari Kuala Muda tmenerima wang tunai RM3,000, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan sebagai Johan Kategori Individu Wanita.

Naib Johan bagi Kategori Individu Lelaki dimenangi oleh Muhamad Farhat Mohd Pisal dari Kuala Muda, yang menerima hadiah RM1,500, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga pula disandang oleh Muhammad Syafiq Salizam dari Kulim, yang menerima RM500, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Bagi Kategori Individu Wanita, tempat kedua disandang oleh Nur Imanah binti Idrus dari Kota Setar, yang membawa pulang RM1,500, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga dimenangi oleh Nur Afiqah binti Mahmud dari Baling, yang menerima RM500, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Majlis Belia Daerah Yan pula dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia, menerima hadiah wang tunai RM10,000, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Tempat kedua dalam kategori ini dimenangi oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bongor Baru dari Kuala Muda, yang menerima RM5,000, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan, manakala tempat ketiga disandang oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Muda, yang menerima RM3,000, mock cheque, trofi, dan sijil penghargaan.

Anugerah Perdana Belia Negara ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia dalam pelbagai bidang, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi belia berwawasan tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan. – Suara Timur

Related Posts