Negara Politik

‘Dok rok kedarah orang kita’

PENULIS tertarik dengan catatan santai admin page Facebook Penerangan UMNO Marang (PUMAR) mengenai hasil kutipan Skop Fb sebanyak RM60 juta dalam masa 10 hari menerusi filem terbitannya, Blood Brothers.

PUMAR mendakwa kutipan hasil filem aksi terbaharu arahan Syafiq Yusof itu melebihi 1,276 peratus berbanding pelaburan asing diluluskan (FDI) ke Terengganu.

Pada tahun 2024, kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya menarik pelaburan hanya RM4.7 juta sahaja.

Nilai pelaburan yang dibanggakan walaun terutamanya lantikan politik itu sebenarnya hanya mewakili 0.0027% daripada nilaian pelaburan asing masuk ke Malaysia pada tahun 2024.

“(Nilai pelaburan RM4.7 juta) 10 kali ganda kurang daripada hasil jualan Sambal Nyet Khairul Aming!, 100 kali ganda kurang dari Kelantan, 200 kali ganda kurang dari Pahang,” tulis admin page Facebook PUMAR, baru-baru ini.

PUMAR memberitahu, kerajaan negeri akan mengalami kekurangan nilai FBI sekiranya barisan pemimpinnya lebih banyak bersembang di akhbar dan media sosial.

“Kalau berniaga, setakat sembang lebat di dada akhbar dan media sosial, kemudian menunggu bulan jatuh ke riba. Memang takkan berlakunya!,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengikut page Facebook PUMAR, M. Ammar Demokrasi memberi komen; “yusof haslam molek gati mb suri kalu gini bab invest pitih…ke rane.” 

Blood Brothers yang dibarisi oleh pelakon berkarisma seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham; meneroka dunia gelap mafia yang penuh intensiti, drama dan konflik  serta disaluti tema kepercayaan, pengorbanan, dan nilai persaudaraan dalam dunia yang sarat dengan tipu daya. – Suara Timur

Related Posts