ISKANDAR PUTERI: Misi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melakar sejarah mara ke suku akhir tidak kesampaian selepas disingkirkan Buriram United 0-1 pada aksi kedua timbal balik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium Chang Arena, 4 Mac lalu, JDT dan Buriram United terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan dan penentuan pada pertembungan derbi Asean itu menyaksikan skuad Thunder Castle tidak mengendahkan gegak gempita sorakan penyokong Harimau Selatan bagi melakar kejutan.
Ia kekalahan pertama skuad kendalian Hector Bidoglio dalam kancah ACLE di laman sendiri musim ini.
Kejayaan skuad kendalian Osmar Loss Vieira itu mengulang pencapaian pada musim 2013 apabila mara ke suku akhir, namun tumpas 1-3 kepada kelab dari Iran, Esteghlal FC.

Bersambung babak kedua, giliran Buriram mengasak ke kubu JDT dan mengundang cemas buat benteng tuan rumah pada minit ke-53 selepas Goran Causic merembat bola kencang yang hanya melewati palang gol untuk menguji penjaga gol, Andoni Zubiaurre.
Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah mula menggandakan asakan, namun anak didik Vieira berdisiplin dalam membentuk benteng ampuh.

Malang sekali lagi buat JDT apabila gol Jorge Obregon pada minit ke-97, sekali lagi dibatalkan kerana kedudukan ofsaid.
Buriram akhirnya berada di depan pada minit ke-58 selepas Suphanat Mueanta yang tidak dikawal melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan menewaskan Zubiaurre. – Harian Metro