KUALA TERENGGANU: Sebanyak 352 rumah teres mampu milik Dendong di Besut merupakan antara projek kerajaan negeri
yang terbengkalai di Terengganu.
Menurut catatan di Facebook Greater Terengganu Development hari ini, projek perumahan ini adalah usaha pentadbiran baru bagi memenuhi sasaran manifesto pilihan raya
“Projek ini dibuat atas tanah kerajaan seluas 60 ekar. Mengandungi 352 rumah teres mampu milik, 300 unit pangsapuri dan 237 unit teres 2 tingkat
Projek dimulakan pada 20 Julai 2020. Dijangka siap sepenuhnya pada awal 2023. Namun projek ini terus bermasalah,” katanya.

Tambahnya, terdapat usaha kerajaan negeri pada 2023 untuk meneruskan semula projek perumahan apabila menjadi bualan masyarakat.
“Namun, semakan admin beberapa minggu lepas mendapati projek masih seakan terbiar,” ujarnya.

Tambahnya, pendedahan tersebit bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak, tapi ingin menunjukkan bahawa situasi projek terbengkalai ini adalah masalah biasa yang dihadapi oleh semua kerajaan.

“Nanti bila ada masa, kita akan ceritakan lagi projek-projek terbiar zaman pentadbiran hari ini dan juga projek terbengkalai zaman pentadbiran lama,” tambahnya. – Suara Timur