Sukan

Cklamovski pengendali baharu Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

FAM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Cklamovski sebahagian daripada revolusi penstrukturan organisasi skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut FAM, Cklamovski akan memulakan tugasan secara rasmi bersama FAM pada 1 Januari depan dan misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan H bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027.

Selain itu, badan induk bola sepak itu turut meletakkan misi kepada pengendali kelahiran Australia itu untuk memperbaiki ranking FIF

“Peter Cklamovski dari Australia merupakan bekas pengendali Tokyo FC dilantik untuk menggalas tugasan ini selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber dalam memastikan skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa bermula dengan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

“Cklamovski yang kini berusia 46 tahun pernah bekerja selama lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika mereka bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mereka mengemudi kelab Jepun, Yokohama F Marinos,” kata kenyataan itu, baru-baru ini.

Cklamovski akan menggantikan Pau Marti Vicente yang akan meninggalkan pasukan selepas saingan Piala ASEAN berakhir.

FAM turut menjelaskan, Cklamovski akan menyediakan satu set staf kejurulatihan yanh mantap untuk pasukan negara. – Suara Timur

Related Posts