Home NasionalKPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah nikmati rehat 9 hari

KPM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri, warga sekolah nikmati rehat 9 hari

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Setiap kali musim perayaan, pengumuman cuti tambahan sentiasa dinanti guru, ibu bapa dan pelajar bagi membolehkan mereka merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal.

Menjelang Aidilfitri yang dijangka diraikan pada 21 Mac ini, menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan selama satu dan dua hari, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Berdasarkan kalendar akademik itu, Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

banner

Lebih menggembirakan, cuti Aidilfitri ini turut bersekali dengan Cuti Penggal 1, sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac. – Berita Harian

Tinggalkan komen