Home PolitikBersatu pecat Hamzah Zainuddin

Bersatu pecat Hamzah Zainuddin

oleh suara timur

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat keahlian partinya serta-merta.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

“(Pemecatan) berkuat kuasa 13 Februari 2026 (hari kni) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Oktober 2025, Bersatu juga telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.

banner

Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.

Dalam tindakan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar. – Suara Timur

Tinggalkan komen