Home Politik‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

oleh suara timur

SHAH ALAM: Hantaran terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di media sosialnya kembali mencetuskan tanda tanya.

Menerusi hantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan berkata, mungkin sudah tiba masanya beliau mengundur diri.

Menurut beliau, usahanya memimpin pemuda UMNO sudah dilakukan sehabis baik.

“Kita dah usaha sehabis baik sampaikan sehabis baik.

banner

“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri,” ujarnya pada Rabu.

Sebelum ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh segera meletak jawatan sebagai Exco dan melaksanakan pendirian beliau untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

DAPSY Kebangsaan dalam satu kenyataan berkata, ini kerana gimik ‘keluar kerajaan’ yang dimainkan oleh Muhamad Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

Pada Sabtu lalu, Muhamad Akmal membawakan dua usul dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, iaitu agar parti kembali bekerjasama dengan Pas dan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan serta berperanan sebagai pembangkang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama berjuang dengannya.


“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini.

“Saya percaya jika niat kita baik demi agama,bangsa dan tanah air, Insya-ALLAH waktunya akan sampai jua,” jelasnya. – Sinar Harian

Tinggalkan komen