Home NegeriJurukimpal maut ditindih ‘bucket’ jengkaut

Jurukimpal maut ditindih ‘bucket’ jengkaut

oleh suara timur

KUALA NERUS: Pekerja kimpalan maut selepas ditindih ‘bucket’ jengkaut ketika menjalankan kerja-kerja kimpalan di tapak projek pembinaan pemecah ombak di Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, pagi tadi.

Mohd Rosli Awang, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Klinik Kesihatan Batu Rakit dalam kejadian jam 9.48 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa membuat kimpalan pada bucket jengkaut itu bersama seorang penolong.

“Bucket itu difahamkan tiba-tiba terbalik dan menimpa belakang mangsa.

banner

“Penolongnya yang ada berdekatan segera mengalihkan bakul tersebut menggunakan jengkaut namun ketika itu mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk bedah siasat. – Berita Harian

Tinggalkan komen