KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.
Menurut sumber, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah dinasihatkan untuk berehat dan menjalani rawatan lanjut.
“Beliau sebelum ini, semasa kempen pilihan raya, sudah membuat pemeriksaan di hospital tetapi kini sedang menerima rawatan dan diminta diberi ruang untuk berehat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, dalam satu hantaran di akaun Facebook BN Comms Sabah menzahirkan doa agar beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Hantaran yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu itu turut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang sama-sama mendoakan kesihatan beliau.
“Semoga YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala uru
Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan maklumat lanjut daripada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin masih belum berhasil setakat ini. – Sinar Harian
