Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 301.5
Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Kijal, si sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun hanya mengalami cedera ringan manakala kereta yang dipandunya remuk teruk selepas merempuh kumpulan haiwan berkenaan.
Ketika kejadian, wanita terbabit bersama suaminya berusia 67 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Dungun menuju ke arah Kuantan, Pahang .

Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, Kemaman, hari ini. – SINAR TIMUR/MEDIA SOSIAL
Sejurus tiba di lokasi kejadian di laluan lurus, kereta jenis Honda dipandu wanita terbabit dikatakan gagal mengelak sekumpulan lembu di arah sama yang sedang melintas lebuh raya.
Susulan jarak yang terlalu dekat, mangsa dikatakan tidak sempat mengelak dan melanggar tujuh ekor lembu sebelum kereta nya terbabas.
Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan lebam pada bahagian tangan manakala suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun, kesemua tujuh ekor lembu yang dirempuh kereta wanita terbabit mati bergelimpangan di atas lebuhraya itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu. – Suara Timur
