KOTA TINGGI: Warga emas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika sedang membeli nombor ekor di bandar sini, petang semalam.
Menurut jurucakap JAINJ, lelaki berusia 75 itu mendakwa sudah berjudi sejak lebih 40 tahun lalu dan masih ‘mencuba nasib’ walaupun dengan kemampuan kewangan yang terhad.
“Lelaki itu mendakwa tinggal seorang diri di sebuah rumah di kampung. Anggota penguat kuasa kemudian ke rumah itu untuk mengesahkan dia tidak mempunyai penjamin dalam kalangan ahli keluarga.
Warga emas terbabit tidak bekerja dan menerima bantuan kerajaan berjumlah RM600 sebulan. Dia pernah bernikah dan berpisah puluhan tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JAINJ berkata, lelaki terbabit mengaku membeli nombor ekor setiap bulan berdasarkan mimpi.
“Dia juga mendakwa sedar judi itu haram dan sia-sia tetapi sukar untuk meninggalkan tabiat itu. Ketika ditahan, dia sedang buat pertaruhan RM8 di kedai nombor ekor,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Johor.
“Dia juga mendakwa sedar judi itu haram dan sia-sia tetapi sukar untuk meninggalkan tabiat itu. Ketika ditahan, dia sedang buat pertaruhan RM8 di kedai nombor ekor,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Johor. – Berita Harian