Negeri

Agihan barangan terpakai sempena Program Pelepasan Tuntung

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd. dan Petronas Chemical Aromatic Sdn. Bhd. mengambil kesempatan mengagihan barangan terpakai kepada penduduk Kampung Pasir Gajah
sempena Program Pelepasan Tuntung 2025 oleh Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai Kampung Pasir Gajah, di sini, hari ini.

Antara barangan terpakai tersebut adalah barangan elektrik, kasut, buku, permainan kanak-kanak, pakaian orang dewasa lelaki dan wanita, kain tudung, pakaian kanak-kanak dan pakaian bayi.

Program kongsi rezeki dengan komuniti Kampung Pasir Gajah itu merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd. dan Petronas Chemical Aromatic Sdn. Bhd.

Barangan seberat 1.5 tan metrik telah berjaya dikumpul oleh kakitangannya untuk dikongsi kepada orang ramai.

SEBAHAGIAN daripada penduduk memilih barangan terpakai yang diagihkan secara percuma sempena Program Pelepasan Tuntung 2025 oleh Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai Kampung Pasir Gajah, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A. RAHMAN

Sebelum dikongsi kepada orang ramai,
pihaknya telah mengasingkan dan memilih terlebih dahulu supaya barang yang dikongsi kesemuanya dalam keadaan baik untuk digunakan.

Sementara itu, seorang penduduk, Fauziah Alias, 40, menyifatkan usaha itu banyak membantu dan meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Saya bukan sahaja mengambil barangan atau pakaian untuk kegunaan keluarga malah turut mengagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan,” katanya. – Suara Timur

Related Posts