Negeri

Bekas wartawan sambilan NSTP Terengganu meninggal dunia

BESUT: Bekas wartawan sambilan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) Biro Terengganu, Mohammad Ishak, meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham Mohammad, 71, meninggal dunia kira-kira 8.30 malam di kediamannya di perumahan awam Pelagat, Seberang Jertih.

Jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, kira-kira 10 pagi sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rahimah Latif, 66, serta tujuh anak.

Rahimah berkata, sejak Allahyarham diserang angin ahmar pada akhir tahun lalu, keadaan kesihatan suaminya semakin merosot.

Allahyarham juga pernah beberapa kali membuat rawatan jantung sebelum ini.

Mohammad Ishak adalah seorang pesara Pos Malaysia yang pernah menjadi wartawan sambilan di NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018. – Harian Metro

Related Posts