KUALA NERUS: Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di sini menyumbang sebuah bas baharu bernilai RM670,000 kepada sekolah tersebut sempena sambutan Hari Guru, hari ini.
Presiden Persatuan Bekas Pelajar SESMA (MySESMA), Datuk Mohd. Zuber Embong
bas tersebut dibeli hasil kutipan derma
menerusi program ‘Infak Tempat Duduk’
yang dilancarkan MySESMA pada Februari 2023.
Menurutnya, kutipan derma tersebut mendapat sambutan daripada daripada bekas pelajar, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan orang ramai apabila berjaya dikumpul kira-kira RM2 juta dalam tempoh 22 bulan sahaja.
“Cadangan awal jawatankuasa MySESMA melancarkan kutipan derma untuk pembinaan surau baharu di SESMA yang boleh menampung kira-kira 250 jemaah.
“Bagaimanapun, pada masa sama, pihak MySESMA menerima permohonan daripada pengurusan sekolah untuk pembelian sebuah bas baharu bagi kegunaan sekolah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan rasmi bas kepada Pengetua SESMA, Hayati A Rahman di sekolah itu, di sini, hari ini.
Mohd. Zuber yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata, bas baharu itu ditempah MySESMA pada Februari lalu.
“Bas baharu dan surau adalah hadiah istimewa daripada MySESMA kepada pihak sekolah sempena sambutan Hari Guru 2025,” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu, projek pembinaan surau baharu pula masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada Ogos depan. – Suara Timur