Negara Politik

Orang Sabah jelaskan kenapa Samsuri ditahan di KKIA Sabah

KUALA TERENGGANU: Seorang warganet yang mendakwa penduduk Sabah dikenali
Adrian Lim Chee En memberi penjelasan berkaitan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ‘ditahan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada 6 dan 7 April lalu.

Beliau berkata, ketika Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sabah (dan Sarawak) dijanjikan beberapa kuasa autonomi seperti autonomi bahasa, autonomi agama dan sebagainya.

Menurutnya, Kuasa-kuasa autonomi Sabah dan Sarawak ini termasuk autonomi imigresen dan disenaraikan di bawah “20 Points Agreement” (Sabah) dan “18 Points Agreement” (Sarawak).

“Ini bererti, walaupun imigresen merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak.

“Sebab itu, semasa orang Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, imigresen Sabah atau Sarawak akan bagi satu slip yang membolehkan orang Semenanjung berada di Sabah atau Sarawak untuk suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan.

“Begitu juga keadaannya sekiranya orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah. Orang Sabah ke Sarawak, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak. Orang Sarawak ke Sabah, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri Sabah,” tulisnya di Facebook miliknya itu.

Beliau menjelaskan, di Sabah dan Sarawak ibarat ada tiga imigresen iaitu Imigresen Semenanjung di bawah Kerajaan Persekutuan, Imigresen Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah dan Imigresen Sarawak di bawah Ketua Menteri (sekarang “Premier”) Sarawak.

Jelasnya, pada kejadian itu, Samsuri bukannya “ditahan” oleh PDRM, sebaliknya
Samsuri “ditahan” oleh Imigresen Sabah.
PDRM dan Imigresen adalah unit yang berbeza.

“Saya jangka, Imigresen Sabah cuma meminta Samsuri menunggu sebentar kerana nampak status TCO PDRM Samsuri,” ujarnya.

Tambahnya, penjawat awam Sabah tahu Samsuri ialah VIP, cuma mungkin, mereka tidak kenal siapa VIP ini kerana Samsuri bukan PM, Samsuri bukan Menteri Persekutuan, Samsuri bukan Cristiano Ronaldo dan Samsuri pun bukan Lionel Messi.

“Jauh-jauh di Terengganu, Samsuri ingat seluruh dunia seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak kenal dia ke?,” tambahnya.

Tapi apa pun, Adrian Lim Chee En memberitahu, sebagai langkah SOP, penjawat awam cuma minta VIP dari Terengganu ini menunggu sementara Imigresen Sabah check siapakah VIP ini dan menyiapkan dokumentasi keselamatan dan sebagainya.

“Samsuri tidak digari, Samsuri tidak dkepung,
Samsuri tidak dilayan seperti penjenayah,
Samsuri tidak dihalang masuk. Samsuri cuma diminta menunggu sebentar, sementara penjawat awam menyelesaikan kerja dan tanggungjawab mereka.

“Saya cukup yakin bahawa penjawat awam cuma menjalankan tugas dan amanah dalam memastikan VIP dari Terengganu tidak ditimpa apa-apa masalah keselamatan,”  katanya lagi.

Beliau berkata, Samsuri sebagai bakal Perdana Menter perlu tahu kuasa autonomi Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Persekutuan Malaysia bukan Semenanjung Malaysia sahaja. Persekutuan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak.

“Perikatan Nasional (PN) boleh memainkan sentimen agama dan kaum di Semenanjung, tetapi sentimen ini tidak berkesan sama sekali di Sabah Sarawak.

“Mungkin ini juga sebabnya sejak 1957/1963, tidak PAS tidak pernah memenangi walau satu pun kerusi DUN atau Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Masuk semua pilihan raya sejak 1957/1963, bungkus makan telur dalam semua pilihan raya.

“Ketidakfahaman Samsuri tentang kuasa autonomi inilah antara sebabnya kami di Malaysia Timur bilang… PAS tidak relevan di Sabah Sarawak.” ujarnya. – Suara Timur

Related Posts