Negara Politik

Saya pun tertakluk kepada TCO – Anwar

GOMBAK: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau juga tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Malah, tegas Perdana Menteri, semua kenamaan tertakluk kepada tindakan berkenaan.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempersoal mengapa Menteri Besar Terengganu itu dikenakan TCO.

Ahmad Samsuri dilapor mendakwa dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status TCO sejak pertengahan tahun lalu. – Berita Harian

Related Posts