Negeri Politik Uncategorized

Bekas calon PH PRU15 tanding jawatan Ketua Cabang PKR Kemaman

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN;  Bekas Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kemaman, Hasuni Sudin menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman pada pemilihan parti itu 18 April ini.

Hasuni dalam satu kenyataan kepada Suara Timur hari ini, berkata, pemilihan kali ini beliau telah mempersiapkan diri dengan pasukan yang kuat termasuk beberapa orang pemimpin Cina dalam barisan kepimpinannya.

“Saya memerlukan gandingan ahli jawatankuasa Cina bagi mmbangunkan Kemaman.

“Mereka juga ahli PKR dan selama ini tidak dipilih dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan kali ini saya menamakan enam orang daripada kaum Cina,” katanya.

Calon Ketua Cabang PKR Kemaman, Hasuni Sudin

Pada PRU15, Hasuni memperoleh 8,340 undi tewas kepada calon PAS, Che Alias Hamid yang mendapat 65,714 undi manakala calon Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Said mendapat 38,535 undi dan Rosli Ab Ghani dari Pejuang memperoleh 506 undi.

Jumlah undi sebanyak 8,340 undi yang diperoleh Hasuni merupakan undi tertinggi calon PH Terengganu dalam PRU-15 di Terengganu.

Menurut Hasuni, pasukannya bersedia untuk mmbantu rakyat dengan agenda yang lebih komprehensif dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat agar mereka mengetahui apa yang mereka dapat.

Tambahnya, beliau pernah turun ke kampung kampung memberi penerangan mengenai program Budi Madani dan kecewa rakyat tidak mendapat penerangan yang tepat.

“Mengenai program Bumi Madani sepatutnya petani, peladang dan nelayan yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mendapat bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada mereka yang berjaya,” katanya.

Jelasnya, beliau akan teruskan memberi penerangan mengenai program Bumi Madani di setiap kampung terutama Kawasan pendalaman bermula bulan Jun hadapan sekiranya memenangi dalam pemilihan tersebut.

Pada pemilihan jawatan itu menyaksikan jawatan Ketua PKR Cabang Kemaman ditandingi empat orang calon.

Selain Hasuni, calon-calon lain ialah terdiri daripada Ketua Cabang PKR Kemaman dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof, Amir Hamzah Ghazali dan Saikri Ngah @ Choh.

Calon Timbalan Ketua Cabang PKR Kemaman, Mohd Fazilah Hashim.

Timbalan Ketua Cabang juga menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Abdul Aziz Omar, Mohd Afandi Muhammad, Mohd Fazillah Hashim dan Mohd Kamri Abd Ghani.

Calon Naib Ketua Cabang PKR Kemaman, Chin Fook Cheen

Calon bagi Naib Ketua Cabang pula Ahmad Syahmi Jusoh, Chin Fook Cheen, Mohd Effan Lazam dan Rizan Ali.

Calon Ketua Wanita Cabang, Nurul Akhirah Khairani Abd Rahman, Saitina Ajirah Laidin dan Suraya Zakaria @ Harun.

Timbalan Ketua Wanita Cabang, Siti Nor Amalina Mohd Aris dan Siti Nor Syahirah Mohd Aris.

Naib Ketua Wanita Cabang, Nur Ain Kenangan, Aida Mohd Ali dan Azizah Samsuddin.

Sementara itu calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kemaman ditandingi oleh tiga orang termasuk Ketua AMK Cabang Kemaman merangkap Timbalan AMK Terengganu, Mohd Hidayat Mat, Mohd Anas Yusof dan Ahmad Albani Ramadhan Laidin.

Bagi calon Timbalan AMK Cabang pula seramai tiga orang terdiri daripada Muhammad Syafiq Aiman Nazarudin, Mohd Khairul Anizam Mohamad dan Mohd Saufi Mohd Isa.

Naib Ketua AMK Cabang seramai dua orang antaranya Muhammad Amirul Izzat Azmi dan Mohamed Zulfadhli Zulkipli.

Seramai 28 calon yang akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Kemaman bagi Sesi 2025-2028. – Suara Timur

Related Posts