Home NegeriKontraktor rugi RM98,800 diperdaya ‘Cikgu Adam’

Kontraktor rugi RM98,800 diperdaya ‘Cikgu Adam’

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN: Seorang kontraktor mengalami kerugian RM98,800 selepas terpedaya dengan penipuan tawaran tender dalam talian pada 5 Julai lepas.

Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kontraktor lelaki berusia 45 tahun itu telah dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Cikgu Adam’ dengan mendakwa bertugas di sebuah sekolah di Chukai di sini sebelum menyatakan hasrat menempah 95 unit kerusi kantin jenis keluli tahan karat.

“Bagi urusan pembekalan tersebut, mangsa telah menerima sebut harga berjumlah RM351,500 daripada seorang pembekal
yang diperkenalkan oleh individu berkenaan.

banner

“Pada 5 Julai lepas mangsa telah membuat pembayaran deposit sebanyak
RM98,800 ke dalam sebuah akaun bank yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa selepas itu telah menyemak dengan pihak sekolah dan disahkan tiada guru dengan nama ‘Cikgu Adam’.

Katanya mangsa mengalami kerugian RM98,800 dalam kes penipuan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. –  Suara Timur

Tinggalkan komen